Jangan Sekat Demokrasi Dalam Umno – Bung Moktar

bung-retreat-melaka.jpg

MESRA...Bung bersalaman dengan pemimpin UMNO Melaka sejurus tiba di majlis tersebut.

Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat diingatkan supaya tidak menyekat mana-mana cawangan untuk bergerak aktif termasuklah menyekat golongan muda dan profesional dari menyertai UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, terdapat beberapa kes di beberapa bahagian yang menyekat cawangan-cawangan UMNO antaranya dengan cara menghalang cawangan berkenaan dari mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan dan mengadakan aktiviti kerana tidak setuju dengan kepimpinan bahagian.

“Perkara ini ada berlaku di beberapa bahagian, di mana disebabkan pemimpin cawangan tidak menyokong kepimpinan Ketua UMNO Bahagian, cawangan disisihkan dan tidak dapat mengadakan mesyuarat kerana disekat hanya disebabkan ingin memperkukuhkan kedudukan ketua bahagian” katanya ketika berucap merasmikan program Retreat UMNO Negeri Melaka di Hotel Hilton Kota Kinabalu malam kemarin.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Abd Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan.

Bung yang juga Ketua UMNO Sabah berkata perbuatan menyekat cawangan-cawangan seperti itu bukanlah satu amalan demokarasi yang sihat dalam parti, sebaliknya boleh menjejaskan kekuatan parti.

“Alhmdulilah, di Sabah saya belum menerima laporan kes seperti ini, bagaimanapun sekiranya berlaku, tindakan tegas akan diambil. Ini termasuklah mengantung bahagian berkenaan,” katanya.

Bung berkata, pemimpin UMNO perlu memberi keutamaan untuk memperkukuhkan parti demi kepentingan negara.

Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak menjadi ancaman kedudukan dalam parti sebagai alasan bagi menyekat golongan muda, profesional menyertai parti kerana ia akan merugikan UMNO sendiri.

Menurutnya jika kepimpinan peringkat bahagian dan cawangan sentiasa bekerja keras menjalankan kerja-kerja parti, mereka tidak perlu gusar akan kehilangan jawatan kerana ahli akan terus menyokong mereka.

Mengulas program Retreat UMNO Melaka yang memilih Sabah sebagai lokasi program, Bung berharap pemukiman tersebut akan dapat memberikan sumber inspirasi baharu kepada pemimpin UMNO negeri itu untuk memperkukuhkan parti.

“Kita telah mengembalikan maruah UMNO dengan kemenangan besar semasa PRN Melaka, solidariti perjuangan ini perlu terus dipertingkatkan.

“Saya beharap pemilihan Sabah sebagai lokasi program ini akan memberikan idea baharu kepada pemimpin UMNO Melaka, kerana UMNO Sabah mempunyai sejarah perjuangan yang berliku selepas PRU Ke-14 kerana ditinggalkan oleh ramai pemimpin, amun kerana masih ada pemimpin UMNO yang teguh dengan prinsip perjuangan,UMNO Sabah bangkit kembali selepas PRK Kimanis dan PRN ke-16 dan sehingga kini UMNO masih teguh bertapak di Sabah walau ada pihak mendakwa akan terkubur selepas PRU ke-14,” tegas Bung.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top