‘Jangan Sampai UMNO Kalah Kerana Sabah Tiada Air Bersih’

jefrey-Putatan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: UMNO Sabah bimbang isu keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya di negeri itu dijadikan modal oleh pembangkang sehingga boleh membuatkan UMNO tewas pada pilihan raya

Ketua UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed, berkata walaupun Sabah kaya dengan hasil bumi dan mineral, negeri itu tergolong sebagai antara kawasan termiskin di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa isu bekalan asas rakyat diberikan perhatian serius.

“Saya ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka serta Pusat Daerah Mengundi (PDM). Isu ditimbulkan bukan soal jalan raya dan bekalan elektrik serta air bersih, tetapi mereka bercerita mengenai fasa yang berbeza seperti internet.

“Kami di Sabah masih bercerita mengenai jalan raya berlubang dan bekalan air serta elektrik yang dicatu. Sepanggar berapa kali dapat air, seminggu cuma beberapa kali dapat air.

“Asas kemajuan isu ekonomi di Sabah mesti diperbaiki ketika ini, merangkumi jalan raya, elektrik dan air bersih.

“Jadi, saya mohon Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), Menteri Pembangunan Luar Bandar (Datuk Seri Mahdzir Khalid)… tolong tengokkan. Kita minta supaya diambil perhatian yang berat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Sabtu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top