Jangan Ragui Kesetiaan PBS Dalam GRS

mositun.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kesetiaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu diragui dan dipertikaikan.

Naib Presiden PBS Datuk Johnny Mositun berkata, PBS akan terus bekerjasama dengan GRS dalam pembangunan negeri dan juga rakyat Sabah.

Katanya, spekulasi berhubung PBS akan bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bukanlah perkara baharu.

“Spekulasi berkenaan mula timbul selepas pilihan raya negeri (PRN) tahun lepas berikutan ramai yang menyatakan PBS akan menyertai WARISAN untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

“Bagaimanapun, pendirian PBS adalah untuk terus bekerjasama dalam GRS dan parti komponen lain untuk membangunkan negeri Sabah.

“Dalam politik orang boleh cakap apa sahaja tapi kami tetap berdiri teguh di belakang Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili sebagaimana sokongan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun ada rungutan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti, ia tidak bermakna PBS perlu menghancurkan hubungan dalam kalangan pemimpin GRS.

Johhny berkata, perlu disimpan dalam minda yang semua orang ada peranan yang perlu dimainkan serta menghulurkan bantuan bila diperlukan. – UTUSAN BORNEO


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top