Jangan Pentingkan Diri Sendiri Dalam Perjuangan Hak Rakyat Sabah – Robert Tawik

robert.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Star Sabah, Datuk Robert Tawik (gambar) menyeru rakyat Sabah khususnya ahli parti Star Sabah untuk tidak terpengaruh dengan sentimen peribadi daripada Jovilis Majami yang mengatakan langkah kepimpinan presiden parti Star Sabah untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional merupakan pengkhianatan kepada penyokong parti.

Kata Robert, kerajaan Sabah sekarang adalah GRS-BN dan ianya terbentuk daripada kerjasama antara Perikatan Nasional, PBS dan BN semasa Pilihan Raya Negeri Ke-16 yang lalu.

“Melalui kerajaan GRS-BN, banyak pencapaian yang positif termasuklah pengembalian secara berperingkat hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

“GRS, yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri juga komited untuk menyatukan rakyat Sabah demi memperjuangkan hak-hak Sabah,” katanya.

Menurut beliau, perrjuangan menuntut hak Sabah bukan bergantung dengan parti politik tetapi

bergantung pada suara wakil-wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat.

“GRS ditubuhkan bukan sekadar suka-suka. Ianya hasil daripada perbincangan dan penelitian terbaik setelah perbincangan terperinci dengan Ketua Menteri, Presiden-presiden dari Parti Star Sabah, Parti Bersatu Sabah, Parti Maju Sabah termasuklah pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional Sabah sebagai wadah utama penyatuan suara rakyat Sabah.

“Tidak ada satu parti politik pun yang akan berjaya memerintah di peringkat negeri mahupun persekutuan dalam keadaan politik sekarang.

“Oleh itu, Jovilis tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sombong dengan menyeru kepimpinan parti StarSabah meneliti keberadaan Star Sabah dalam GRS,” tegas beliau.

Robert turut menekankan yang Presiden Star Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan tidak pernah terpesong daripada perjuangan menuntut hak-hak Sabah.

“Star Sabah juga tidak akan meninggalkan GRS seperti yang diminta oleh Jovilis.

“GRS inginkan kerjasama daripada semua parti politik, namun sama ada dalam PRU-15 GRS bekerjasama dengan BN, itu bergantung dengan keputusan kepimpinan parti masing-masing setelah penelitian daripada pelbagai sudut, dan bukan ditentukan oleh Jovilis’, tambah beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top