Jangan masuk campur urusan UMNO Sabah – Jeffery Nor

jeffrey-nor.jpg

Jeffrey Nor (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed meminta pihak luar UMNO tidak masuk campur soal dalaman parti nasional itu, khususnya dalam soal pengurusan jawatan parti politik.

Sambil menyifatkan campur tangan seumpama itu sebagai tidak wajar, beliau berkata prosiding mahkamah bermula dari seseorang itu didakwa sehinggalah mahkamah membuat keputusan atau sehingga tamat rayuan di mahkamah Persekutuan.

“Memberi bayangan seseorang yang diperintah membela diri di mahkamah itu sudah bersalah dan perlu letak jawatan Ketua UMNO Sabah adalah tindakan yang yang tidak profesional dan lebih bersifat kepada kenyataan politik.

“Kes Datuk Bung Moktar Radin setakat ini masih berada di peringkat membela diri dan sama ada beliau didapati bersalah atau sebaliknya, hanya mahkamah memutuskannya dan bukan orang luar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau mengulas komen beberapa pemimpin dan nitizen yang mahu Bung mengundur diri sebagai Ketua UMNO Sabah susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Bung untuk membela diri terhadap tuduhan rasuah dan bersubahat membabitkan pelaburan RM150 juta Felcra.

Menurut Jeffery, pendakwaan kes Bung itu dibuat sewaktu UMNO tewas dalam pilihan raya pada tahun 2018.

“Ini pun berlaku berlaku kepada ramai pemimpin UMNO ketika itu. Kami UMNO Sabah menghormati rule of law badan kehakiman negara kita, proses sebutan pun baru bermula dan perbicaraan pun belum bermula, Bung dan isteri belum lagi didapati bersalah.

“Yang anehnya ada komen yang menjurus kepada ketidak yakinan (terhadap) badan kehakiman, biarlah urusan itu dlakukan oleh badan kehakiman,” katanya.

Jeffery menegaskan bahawa UMNO Sabah bangkit kembali selepas ditinggalkan dan kini diketuai oleh Bung yang ketika itu sudah mula didakwa di Mahkamah Sesyen,

Sementara itu, beliau mencadangkan agar satu badan ditubuhkan oleh DUN Sabah seperti PAC di Dewan Rakyat untuk menyiasat sepenuhnya SMJ dan SMM serta audit masuk untuk mengaudit semua syarikat GLC di Sabah. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top