Jangan Lupa Peranan Ulama Bebas Negara Dari Penjajah

IMG-20220901-WA0002.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Perjuangan tokoh agamawan dan golongan ulama yang berusaha membebaskan negara daripada penjajahan Jepun dan British tidak harus dilupakan.

Selain itu rakyat juga perlu mengenali siapa pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tun Mustapha yang merupakan tokoh yang banyak berjasa.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika merasmikan program sambutan Hari Kemerdekaan PAS Batu Sapi di Padang MPS Karamunting, dekat sini semalam.

“Kita tidak boleh mengenepikan peranan ulama bagi berjuang untuk kemerdekaan negara sehingga mereka terpaksa berkorban nyawa dan harta benda,” katanya.

Menurutnya, tokoh-tokoh agamawan yang ada sekarang perlu diberi peluang untuk terbabit dalam pentadbiran negara termasuk terlibat secara langsung dengan Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Kata beliau ulama perlu diberi peluang untuk turut mengajak masyarakat supaya berganding bahu mengisi ruang kemerdekaan dengan menyemarak syiar Islam.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top