1.Ada seorang pemimpin UMNO ni kerjanya tak ada lain, meratib siang malam suruh kerajaan benarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 1 KWSP.
2. Dia tahu kelemahan rakyat – sebahagian besar orang Melayu terutamanya – adalah soal duit. Jadi dia gunakan kesempatan itu untuk meraih populariti.
3. Dia nak tunjuk prihatin walaupun caranya dengan mengajar rakyat menebuk tabung mereka sendiri.
4. Dan rakyat yang tak berapa cerdik pun melompat-lompatlah; menganggap dia pemimpin sejati yang peduli masalah mereka.
5. Mereka tak peduli tua nanti susah atau tidak, yang penting selesaikan masalah yang dihadapi sekarang ni.
6. Mereka tak baca pun kenyataan KWSP bahawa 71 peratus daripada ahli aktifnya mempunyai simpanan kurang RM50,000.
7. Mereka tak kisah pun hasil kajian bahawa sebelum Covid-19 lagi, 64 peratus daripada pencarum KWSP yang berusia 54 tahun hanya mempunyai simpanan kurang RM50,000, terutama golongan berpendapatan rendah.
8. Kalau RM10,000 dikeluarkan, berapa yang tinggal?
9. Mereka ingat dengan duit empat lima puluh ribu itu, berapa ribu tahun mereka boleh sara kehidupan?
10. Mat gila publisiti itu tak mengapalah. Duitnya melambak-lambak. Tujuh lapan keturunan pun makan tak habis.
11. Kerajaan bukan sahaja tak patut layan idea keluarkan KWSP dari Akaun 1 ini, malah patut perjelaskan sejelas-jelasnya akan segala keburukannya.
12. Selama ini pun kerajaan (PN) dah sediakan bermacam-macam inisiatif untuk membantu meringankan beban rakyat. Tak payahnya ditambah membantu mereka menebuk tabung sendiri.
13. Tak ada siapa boleh bagi jaminan RM10,000 yang dikeluarkan itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan hidup. Yang kita takut nanti sebahagian besarnya habis ke kereta,ke Iphone dan seumpamanya.
14. Dahulu sewaktu pengeluaran dibenarkan untuk membeli komputer, ramai yang beli, kemudian jual balik murah-murah. Janji dapat duit tunai. Cash is king.
14. RM10,000 itu kalau disimpan akan ‘beranak’ juga. Kira sahaja jumlah dividennya dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang.
15. Tak siapa tahu bila pandemik ini berakhir. Kalau empat lima bulan mungkin RM10,000 itu boleh membantu. Tetapi kalau berlanjutan, setahun, dua tahun lagi, apa lagi yang nak dikorek selepas itu?
16. Betul, ada yang tak berapa cerdik menganggap ‘itu duit kami, kenapa nak ditahan-tahan’. Mereka lupa satu benda, kalau bukan kerana ‘ditahan-tahan’ mungkin kebanyakan mereka sampai sekarang ini nak cari RM10 dalam akaun pun susah.
17. Jadi tutup buku sahajalah pasal KWSP Akaun 1 ni. Jangan menang sorak, tabung tergadai.
-Jeanbara Jr