Jangan kutip, makan kerang dari Teluk Likas

kerang.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak mengutip dan memakan kerang-kerangan dari perairan Teluk Likas, di sini.

Amaran itu dibuat oleh Jabatan Perikanan Sabah menerusi notis yang dikeluarkan oleh Pengarahnya, Azhar Kassim, di sini semalam, berikutan adanya kes positif racun Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) yang dikesan di perairan berkenaan.

Menurut notis itu, tahap racun berkenaan didapati melebihi paras bahaya.

Keadaan itu, katanya menyebabkan kerang-kerangan yang ada di perairan berkenaan menjadi beracun dan boleh memudaratkan kesihatan orang ramai jika dimakan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga orang awam dinasihatkan tidak mengutip dan memakan kerang-kerangan dari kawasan tersebut,” katanya.

“Jabatan Perikanan Sabah akan memantau perkembangan insiden PSP ini dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.”

PSP adalah masalah kesihatan yang serius disebabkan oleh pengambilan kerang yang tercemar dengan toksin berbahaya. Ia disebabkan oleh sejenis alga atau plankton yang membiak di perairan pantai barat Sabah, termasuk di Teluk Likas, di sini, biasanya ketika musim panas pada akhir dan awal tahun.

Simptom boleh berkisar daripada kesan neurologi ringan kepada gangguan pernafasan yang teruk, dan dalam kes yang melampau, ia boleh membawa maut. Memandangkan potensi risiko yang dikaitkan dengan PSP, pihak berkuasa mengambil langkah segera untuk melindungi keselamatan awam.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top