“Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi” – nota ditemui bersama mayat bayi

mayat-bayi.jpg

Mayat bayi yang ditemukan dalam tong sanitasi di pusat beli-belah di Kota Kinabalu. FOTO Ihsan Polis

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya.

“Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi.”

Demikian kandungan nota ditemukan bersama mayat bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli-belah di daerah ini, pada Khamis malam.

Mayat bayi yang dibalut dengan tuala ditemukan penyelia syarikat pembersihan di pusat beli-belah berkenaan ketika hendak menukar plastik tong sampah sanitasi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi itu pada 9.40 malam.

“Hasil siasatan mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan dalam keadaan dibaluti dengan kain tuala.

“Turut ditemukan bersama mayat bayi terbabit cebisan kertas yang tertulis nota (daripada ibu bayi berkenaan),” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Kalsom berkata, polis sedang menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

“Polis juga membuat risikan maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani di talian 0168337243.

 

Sumber: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top