Jangan jadi ‘tikus basah’ – Masiung

masiung-2.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU; “Jangan jadi pengecut takut, seperti ‘tikus basah’ untuk menegakkan kebenaran. ”

Demikian tegas Naib Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah kepada pimpinan Pemuda dan Beliawanis parti itu yang memilih berdiam diri, tetapi tidak bangkit menangkis fitnah dan tomahan dilemparkan kepada presiden dan parti.

Beliau berucap merasmikan Program Takwim Tahunan dan Retreat anjuran Pergerakan Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Kuamut di Pusat Peranginan Bukit Kokol di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Negeri, Datuk Fairuz Randan.

Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, rakyat di luar sana mungkin percaya tomahan pembangkang jika pemimpin Gagasan Rakyat sendiri tidak menangkisnya dengan menjelaskan perkara betul.

“Untuk apa anda mengaku sebagai pejuang muda tetapi ‘menikus’ bila ada orang mencerca presiden dan parti.

“Gagasan Rakyat adalah rumah kita, jangan biarkan pencacai bebas keluar masuk mengotorkan bilik dan ruang tamu kita.

“Jangan sekali-kali benarkan ada pemimpin ekstrem cuba menabur pasir dalam menu yang sudah kita adun,” tegas beliau sambil disambut dengan tapukan gemuruh.

Masiung berkata, betapa terdesaknya pencacai pembangkang yang kemaruk mahu berkuasa sehingga menimbulkan isu-isu yang kurang tepat.

Beliau mahukan pemimpin muda bangkit sebagai pahlawan dan tampil membela maruah parti dan presiden, Datuk Seri Hajiji Noor yang sering diperolokan oleh pelampau politik di media sosial.

Katanya, Gagasan Rakyat juga mempunyi saluran media yang boleh menyuarakan hak dan kepentingan parti.

Pemimpin yang terkenal dengan slogan Tatap Kalaga itu berkata, tiga sayap utama Gagasan Rakyat iaitu Pemuda, Wanita dan Beliawanis merupakan jentera gerak gampur parti yang perlu tampil menegakkan perjuangan.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Kuamut, Willy Frous Darinsok dan Ketua Beliawanis, Siti Khalidah Mahalil turut menyampaikan ucapan pada majlis itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top