Jangan Hipokrit, Kata Ketua Penerangan GRS Kepada Shafie

joniston-shafie.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai meminta presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  jangan menjadi hipokrit berhubung sikapnya =terhadap ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir yang meninggalkan parti itu untuk memihak kepada GRS.

Katanya, bekas ketua menteri Sabah itu sendiri telah menerima ADUN Barisan Nasional (BN) yang meninggalkan gabungan itu selepas pilihan raya umum (PRU14) pada Mei 2018.

“Mungkin Shafie mengalami hilang ingatan kerana dia tiba-tiba lupa peristiwa yang dirancang oleh partinya untuk menjatuhkan kerajaan BN Sabah selepas PRU14,” kata Bangkuai dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya Shafie bukan menerima satu, tetapi enam ADUN BN hampir 24 jam selepas seorang ketua menteri mengangkat sumpah, sehingga membentuk kerajaan pintu belakang dengan dia menjadi ketua menteri yang baharu.

“Nampaknya hanya Shafie yang memiliki lesen untuk menerima pembelotan wakil rakyat dengan alasan mereka telah kehilangan kepercayaan terhadap pemerintah (BN) yang terpilih secara demokratik,” tambahnya.

Bangkuai, yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, mengulas reaksi Shafie terhadap tindakan Hassan dan langkah Warisan meminta ADUN Sebatik itu mengosongkan kerusinya.

Awal Rabu, Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya mengatakan Hassan akan kekal sebagai ADUN Sebatik, setelah menolak surat perletakan jawatan yang ditandatangani oleh Warisan.

Kadzim mengatakan surat yang ditandatangani oleh Hassan “tidak efektif” berdasarkan undang-undang semasa.

Pada waktu yang sama, dia mengatakan bahawa Hassan telah menyerahkan perakuan bersumpah  kepadanya untuk menarik balik sebarang dokumen yang telah ditandatangani dengan Warisan, selain menyatakan niatnya untuk mengekalkan kerusinya.

Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr kemudian menjawab bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa speaker menerima peletakan jawatan Hassan dan mengosongkan kerusi itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top