Jangan harapkan Sarawak, Sabah untuk bantu tumbang kerajaan, kata Anwar

dsai.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan tidak boleh lagi bergantung pada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membantu mereka.

Anwar dedah beliau dapat tahu daripada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg semalam bahawa terdapat “cubaan terdesak” oleh pihak lain untuk memujuk GPS meninggalkan kerajaan perpaduan, tetapi ditolak dengan tegas.

Katanya, pemimpin Sarawak itu konsisten menolak dan “tidak akan melayan sebarang perbincangan memutuskan hubungan antara Sarawak dan kerajaan perpaduan.”

“Pendirian GPS penting dalam senario politik hari ini kerana perubahan hanya boleh dilakukan dengan sokongan GPS dan GRS,” kata Anwar pada sesi bersama media.

Anwar berkata walaupun ada usaha untuk membentuk ‘kerajaan pintu belakang’, “ia hanya boleh dilakukan jika peluang diberikan oleh kedua-dua negeri.”

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak akan menghapuskan kerjasama dengan Barisan Nasional sebagai rakan kongsi dalam kerajaan, sambil menambah bahawa kedua-dua Pakatan Harapan dan BN mempunyai hubungan kerja yang baik.

“Saya mempunyai kepercayaan kepada kepimpinan Umno yang menyokong,” kata Anwar, dan menambah beliau tidak akan ketepikan Umno.

Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan kini sangat stabil, dengan adanya peranan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam memastikan hubungan baik antara BN dan PH.

Beliau juga mengakui Umno sedang bergelut memenangi pengundi Melayu.

“Jika Umno turun ke bawah, saya yakin Umno dapat dipulihkan,” katanya.

Beliau percaya penyokong Umno tidak membenci parti itu, sebaliknya, mereka bimbang tentang naratif dimainkan PAS dan Bersatu bahawa DAP menguasai kerajaan.

Retorik ini menyumbang kepada sentimen anti-DAP yang kuat dalam kalangan orang Melayu, katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top