Jangan datang Sabah rebut kerusi – Jeffrey

dr-jeffrey-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti dari Semenanjung Malaysia dipohon jangan sesekali merebut kerusi Sabah memandangkan negeri ini sudah membahagikan kerusi Parlimen kepada mereka.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya parti Malaya yang sering mahu bertanding kerusi dalam Sabah.

“Malaya sudah mempunyai 65 peratus kerusi Parlimen…di Sabah dan Sarawak hanya mempunyai 35 peratus kerusi.

“Tetapi pada ketika kini, Sabah dan Sarawak hanya mempunyai 25 peratus kerusi sahaja memandangkan kerusi-kerusi di Semenanjung suda bertambah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti STAR 2024, di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Semenanjung kini mempunyai 75 peratus kerusi Parlimen dan ini telah melemahkan atau memberi kedudukan Sabah dan Sarawak untuk susah mempertahankan hak melalui perlembagaan disebabkan mereka kini sudah mempunyai majoriti dua per tiga.

“Dari mula mereka sudah sengajakan supaya mereka mendapat 65 peratus.

“Oleh itu, pembahagian kerusi ini perlu dipertahankan dan dihormati. Sebab itu selalu saya katakan, jangan selalu parti Malaya datang Sabah untuk mengambil kerusi di sini, kerana ini akan merugikan kuasa Sabah dan Sarawak,” katanya.

Jeffrey berkata, mereka harus bekerjasama dengan parti tempatan sebab itu objektif pembentukan Malaysia adalah supaya bersama-sama bergabung dan bekerjasama, seterusnya menghormati kedaulatan masing-masing.

Katanya, inilah kekuatan Malaysia dan sekiranya kedudukan, kedaulatan atau formula ini tidak dihormati, ia sudah tentu menyebabkan kuasa politik Sabah bukan dalam tangan negeri ini.

“Kita mesti masing-masing menghormati, ini akan memberikan kita insentif kerjasama bukan bertelingkah berebut kerusi diantara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top