Jangan Buat Kenyataan Kelirukan Penyokong, Kata Anthony Loke

anthony-loke.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak mengeluarkan pandangan bekerjasama dengan pihak luar, termasuk Perikatan Nasional (PN) selagi ia tidak dibincangkan dalam majlis presiden.

Beliau berkata, tindakan memberi kenyataan terbuka sebegitu akan mengelirukan penyokong PH, yang mana majoritinya tidak bersetuju bekerjasama dengan PN, khususnya Bersatu dan PAS.

“Ini adalah polemik tiada kesudahan, kalau kita selalu memberi kenyataan seperti itu (kerjasama dengan PN) ia akan mengelirukan penyokong kita.

“… saya menyeru supaya semua pimpinan parti PH, kalau nak bincang strategi, cadangan kerjasama dan sebagainya ia mesti bincang dalam majlis presiden dan membuat keputusan dipersetujui bersama dan bukannya memberi kenyataan yang dilihat bercanggah dan mengelirukan penyokong,” katanya kepada pemberita.

 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama Persatuan Anak Jati Penchala (PAJP), di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Beliau menegaskan agak sukar untuk PH bekerjasama dengan Bersatu dan PAS kerana parti komponen dalam gabungan itu mempunyai sejarah hitam.

“Lebih-lebih lagi PAS sendiri telah nyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan kerjasama dengan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaharu Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail, bahawa gabungan itu bersedia berunding, termasuk berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pendirian Saifuddin itu menyusuli kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, yang menggesa kepimpinan PH tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15, termasuk mengadakan perbincangan bersama Bersatu dan PAS.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top