Jangan Biarkan Diri Dimanipulasi Percaturan Politik Semenanjung – Mohd Kurniawan

mohd-kurniawan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemimpin-pemimpin di Sabah perlu bermuhasabah diri dan memperkukuhkan ikatan persefahaman dan penyatuan dalam kalangan satu sama lain, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah Mohd Kurniawan Naim Moktar.

“Kita tidak seharusnya dimanipulasikan oleh percaturan politik di Semenanjung sehingga menyaksikan perbalahan di antara pemimpin di Negeri Sabah,” tambahnya.

Katanya, pada hari ini, sebarang percaturan politik yang dilakukan perlu mengutamakan dan berteraskan kepentingan Negeri Sabah.

“Sedarlah bahawa terdapat 3.2 juta individu yang sedang bergantung dan memberikan mandat kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Jika tidak mampu untuk memberikan mereka kemewahan, cukuplah sekadar kestabilan agar mereka mudah untuk mencari rezeki, mudah untuk menjalankan perniagaan serta selamat di samping keluarga tercinta,” katanya di laman Facebooknya.

“Selaku pemimpin Negeri Sabah, berbakti lah dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan masyarakat Sabah.

“Naluri tamak dan haloba akan menjerat politik Negeri Sabah bagi kepentingan politik di Semenanjung.

“Utamakanlah tanggungjawab dan amanah terhadap rakyat Negeri Sabah. Jikalau bertindak bijak laksana, nescaya diperoleh pembangunan rancak. Jikalau dibawa naluri haloba, nescaya terjerat dikembala nakhoda,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan itu lagi.

Mohd Kurniawan berkata, secara historikalnya, Negeri Sabah sering menjadi medan pecah dan perintah (divide and rules) di dalam politik Malaysia terutamanya melibatkan konflik di peringkat persekutuan.

Perseteruan pemimpin politik di Semenanjung juga mempengaruhi perpecahan politik di Negeri Sabah, ujarnya.

“Negeri Sabah mencapai kemuncak kestabilan ketika tahun 2013-2017 dengan menyaksikan pembangunan pesat dilakukan di seluruh Negeri Sabah menerusi peruntukkan berskala besar.

“Lima Ahli Parlimen daripada Negeri Sabah telah dilantik menjadi Menteri di peringkat persekutuan dan memanfaatkan peruntukkan berbilion ringgit demi pembangunan Negeri Sabah,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top