Jangan Abaikan SOP Sepanjang Pesta Kaamatan

joachim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Rakyat dinasihatkan agar menyambut perayaan Kaamatan secara kesederhanaan dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, Kaamatan bererti perlu bersama-sama (berkumpul) menyambut keramaian bersama saudara-mara, tetamu, rakan-rakan dari jauh dan dekat untuk mengeratkan silaturahim, seiring dengan tema Kaamatan pada tahun ini.

“Oleh itu, marilah kita tunjukkan semangat ini dengan lebih bekerjasama atau Mitatabang. Namun yang demikian, situasi pada tahun ini agak berbeza di mana,  tidak ada perkumpulan secara fizikal.

“Kita akur dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan penularan wabak COVID-19 dan juga supaya kadar kes jangkitan tidak bertambah.

“Saya menyeru kepada semua sentiasa mengamalkan SOP seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya sempena Sambutan Pesta Kaamatan 2021 di sini.

Oleh itu katanya, semua masyarakat dijemput untuk menyambut perayaan Kaamatan ini dengan penuh kesederhanaan dan memupuk perpaduan sesama kita.

“Kita bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana  pada tahun ini, kita masih berpeluang menyambut Perayaan Kaamatan walaupun berada dalam situasi yang sukar, di Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Tema perayaan Kaamatan pada tahun ini ialah Kaamatan Aiso Wolit Montok Pomogunan Om Pibabasan, membawa maksud Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Kedamaian dan Keamanan.

“Marilah kita menyambut Kaamatan ini untuk saling bermaaf-maafan dan berdamai sesama kita.

“Ini adalah kerana, kedamaian sejagat akan mempengaruhi kestabilan politik dan ekonomi negeri ini,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top