Janda diserang lima wanita

ACP-Jasmin.jpg

ACP Jasmin Hussin

Kongsi Bersama

TAWAU: Polis Tawau menahan lima wanita ditahan polis di Tawau, Sabah, selepas didakwa menyerang seorang ibu tunggal pada Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa kenderaannya telah dipancitkan sebelum didatangi lima wanita yang tidak dikenalinya yang menyerangnya secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kecederaan di muka serta belakang dan kiri kepala.

Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila mangsa yang berstatus janda dituduh sebagai perampas suami orang walaupun dia mendakwa kekasihnya bujang.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada wanita tersebut pada jam 4.41 petang Rabu.

Katanya lagi, susulan daripada laporan tersebut pihaknya berjaya mengesan dan menahan lima wanita berusia antara 16 hingga 62 tahun.

“Siasatan lanjut telah dijalankan dan pihak polis telah membuat permohonan reman terhadap kelima-lima tangkapan tersebut.

“Siasatan lanjut kita akan jalankan untuk mengesan saksi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top