Jamil Hamzah Angkat Sumpah Sebagai ADUN Bugaya Yang Baharu

Adun-Bugaya.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 Penggal Ketiga semalam dimulakan dengan upacara angkat sumpah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Jamil Hamzah.

Jamil yang mewakili parti Warisan mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya.

Jamil sebelum ini memenangi kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 19 November lalu.

Jamil berjaya memperoleh majoriti 6,629 undi menewaskan pencabar terdekatnya dari Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Mohd Ibno yang hanya mendapat 4,753 undi.

Sementara calon Pakatan Harapan (PH) Arastam Pandorog hanya memperoleh 562 undi, diikuti calon Bebas Jufazli Shi Ahmad Tongko yang mendapat 693 undi.

Manakala, calon PPRS Karil PG Kuraini berada di tangga kelima dengan jumlah 150 undi alon Pejuang Mohd Hassan Abu Bakar 130 undi serta calon PBM Nazmawati Walli dengan 98 undi.

PRK yang serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu diadakan selepas penyandangnya, Manis Muka Darah (Warisan) meninggal dunia pada 17 November 2020.

Dengan kejayaan Jamil mempertahankan kerusi Bugaya menunjukkan Warisan kini mempunyai 19 kerusi daripada 79 kerusi DUN yang ada di Sabah termasuk 6 ADUN dilantik.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top