James Wong dipilih semula presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah

james-wong.jpg

Datuk James Wong

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lagenda bola sepak Sabah Datuk James Wong telah dipilih semula tanpa bertanding sebagai presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Bekas Negeri Sabah untuk penggal keempat pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan hujung minggu lalu.

Turut dipilih mengekalkan jawatan tanpa bertanding ialah Yahya Kassim dan Datuk Mohd Zulfikar Ahmad selaku timbalan presiden dan bendahari.

Tiada pencalonan untuk jawatan setiausaha dan penolong setiausaha dimenangi Abdullah Hadie, manakala ahli jawatankuasa ialah Simon Linus, Joannes Saliun, Cyril Gom, Wilson Chai dengan dua lagi yang akan dinamakan kemudian.

Mesyuarat itu juga meluluskan ketetapan bahawa syarat umur minimum untuk menyertai persatuan itu sebagai ahli kini 40 tahun berbanding 45 tahun sebelum ini.

James dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa atas kepercayaan kepadanya dan berkata peluang akan dibuka untuk bekas pemain bola sepak wanita negeri menjadi ahli.

“Terima kasih kerana memberi keyakinan kepada saya untuk memimpin semula persatuan bekas pemain bola sepak negeri.

“Ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana kami bergantung kepada Kementerian Sukan untuk sumbangan tahunan mereka untuk menjalankan aktiviti .

“Pada masa sama, kami juga bersedia untuk membantu Sabah FA dalam pembangunan bola sepak di negeri ini.

“Tahun ini kami berhasrat untuk memasukkan bekas pemain bola sepak wanita negeri (sebagai ahli) kerana saya percaya mereka juga boleh menyumbang kepada pembangunan bola sepak dalam arena wanita,” tambahnya.

 

Sumber: Harian Ekspress

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top