Jambatan Runtuh Di Kampung Tahubang Ranau Akan Dibaiki Segera – Bung

IMG-20210302-WA0003.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan mengambil tindakan segera  bagi membaiki jambatan yang runtuh di Kampung Tahubang Ranau (gambar), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, beliau telah pun menerima laporan dari JKR Ranau mengenai kejadian  itu dan pihak JKR Ranau telahpun turun padang bagi memantau dan memberikan laporan terperinci mengenai kerosakan yang dialami.

Dalam kejadian pada malam Isnin lepas sebuah jambatan konkrit merentasi Sungai Tagubang di Ranau runtuh  ekoran berlakunya hakisan pada abutmen jambatan tersebut.

Laporan sebuah portal dalam talian menyebut ekoran kejadian tersebut beratus-ratus penduduk turut terjejas perhubungan meraka  terutamanya  dari Kampung Kenipir Gana ke Gana Gaur serta kampung-kampung  sekitarnya.

Menurut Bung beliau  sudah meminta pihak jurutera daerah Ranau memantau dan memberikan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut dan difahamkan laporan serta  anggaran kos pembaikan telah dikemukakan ke ibu pejabat JKR

“Untuk kes-kes seperti ini kita akan menggunakan peruntukan kecemasan untuk memperbaikinya,” katanya ketika dihubungi di sini  bagi mengulas kejadian  tersebut.

Tambah Bung bagi jangka pendek untuk mengatasi kesukaran penduduk yang melalui kawasan tersebut satu jalan alternatif akan dibuat sementara menunggu proses membaiki jambatan baharu siap dilaksanakan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top