SEMPORNA: Empat individu cedera apabila sebuah jambatan di perkampungan atas air Kampung Bangau-Bangau, dekat sini roboh semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 8.04 malam. malam tadi, mengakibatkan dua mangsa dihantar ke hospital daerah Semporna untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, dua lagi mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dirawat pasukan EMRS.
“Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam dan segera bergegas ke tempat kejadian.
“Jambatan sepanjang 300 meter yang roboh itu menyebabkan sebuah rumah berhampiran turut roboh dan mengakibatkan sebuah motosikal terjatuh ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, individu yang cedera dikenal pasti sebagai bukan warganegara Malaysia.
Sumber: Jesselton Times