Jambatan gantung siap, beri keselesaan kepada penduduk

jambatan-gantung.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Penduduk di Kampung Keritan Ulu dan Kampung Ulu Senagang kini dapat menarik nafas lega apabila sebuah jambatan gantung siap dibina bagi memudahkan urusan penduduk yang mahu menyeberang Sungai Senagang untuk aktiviti harian.

Dengan siapnya jambatan gantung itu juga, ia secara tidak langsung dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat ke tanah perkuburan yang terletak di hujung jambatan.

Difahamkan sebelum ini penduduk di kedua kampung berkenaan berdepan dengan kesukaran untuk menyeberang sungai terutama musim hujan, banjir dan air sungai mengalir sehingga menyukarkan keadaan semasa mengusung keranda ketika upacara pengebumian lebih-lebih lagi dalam keadaan arus deras.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman ketika ditemui sewaktu meninjau jambatan itu berharap kemudahan di kampung itu yang siap sepenuhnya akan memberi manfaat kepada para penduduk setempat dan sekitar melakukan aktiviti harian termasuk urusan pengebumian.

Turut mengiringi Annuar ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Fred Toyong, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Adzra Addy Jasni, Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau Kapitan Anthony Chong Kong Ming, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau Erick Takun, Pemaju Mukim Senagang, Jinsumin Ahip dan pemimpin masyarakat setempat. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top