Jambatan Gantung Kampung Daramakon Kini Selamat Digunakan

jambatan-daramakon.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Jambatan gantung Kampung Daramakon dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang rosak akibat banjir kini selamat digunakan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, kini penduduk kampung sudah boleh menggunakan jambatan itu bagi menjalankan aktiviti harian.

“Ia rosak semasa banjir sungai berikutan cuaca hujan yang berterusan pada Januari lalu,” kata Dr. Joachim dalam satu kenyataan media.

Jambatan sepanjang 110 meter dengan ketinggian 15 kaki itu merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan penduduk kampung dengan tanah perkebunan/ pertanian.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian turut menjelaskan, jambatan berkenaan dibaiki oleh kontraktor asal.

“Kerajaan akan terus membela nasib rakyat dan juga akan melihat serta membaiki jambatan -jambatan gantung lain yang rosak akibat bencana secara berperingkat-peringkat mengikut kedudukan peruntukan Kewangan,” ujarnya.

Dr. Joachim turut menghargai komitmen Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang memantau dan memastikan kerja-kerja pembaikan jambatan berjalan lancar.

Sementara itu, penduduk kampung turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Dr. Joachim terhadap masalah yang dihadapi mereka. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top