Jambatan Baharu Akan Dibina Di Kampung Buang Sayang

jambatan.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Kesulitan penduduk Kampung  Buang Sayang di kawasan Dewan Uandangan Negeri Lamag yang terpaksa melalui jambatan yang hanya diperbuat dari beberapa batang kayu mendapat perhatian dari Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag, Abu Bakar Gapar.

Beliau yang dimaklumkan oleh penduduk kampung berhubung masalah itu segera turun padang bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk.

“Hari ini saya melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terpaksa melalui jambatan yang hanya diperbuat daripada beberapa batang kayu sebagai laluan harian mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke jambatan tersebut baru-baru ini.

Menurut Abu Bakar,  keadaan jambatan itu sememang tidak sesuai dan membahayakan keselamatan pengguna yang melaluinya.

Katanya, perkara itu akan dipanjangkan kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun kawasan tersebut Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk diambil tindakan susulan bagi membina sebuah jambatan baharu bagi menggantikan jambatan sedia ada.

“Saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan Datuk Bung dan saya yakin tindakan segera akan diambil bagi membina sebuah jambatan baharu sama ada melalui peruntukan Adun atau Parlimen dan saya berharap penduduk kampung bersabar menunggu pembinaannya,” katanya beliau.

Menurut Abu Bakar lagi ,Bung Moktar sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut semamangnya cakna terhadap keperluan penduduk di kawasan beliau terutamanya dari segi kemudahan asas dan sentiasa berusaha agar segala nikmat pembangunan dapat dirasai oleh rakyat khususnya di kawasan tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top