Jamawi Terus Berkhidmat Macam Biasa

fb-Jamawi-Jaafar-fmt-2-os.jpg
Kongsi Bersama

KEMABONG: Walaupun berstatus bekas wakil rakyat,namun bagi Jamawi Jaafar tanggungjawab untuk memperkasakan pendidikan tetap diteruskan.

Bekas wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar itu berkata program tahunan yang sudah dijadualkan lebih awal bagi membantu para pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari daerah ini tetap diteruskan walaupun beliau bukan lagi wakil rakyat.

Kelmarin bertempat di Pejabat Perhubungan Adun Kemabong seramai empat puluh orang pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam menerima sumbangan kewangan dari Jamawi .

Menurut Jamawi ini adalah fasa kedua bantuan disampaikan dan telah dijadualkan sebelum ini sebagai rasa prihatin kepada pelajar dan ibu bapa untuk meringankan bebanan mereka membayai kos perjalanan dan pengajian ke universiti.

“Saya cakna dan prihatin dengan keperluan para pelajar ini terutamanya ibubapa mereka yang terkesan sumber pendapatan ekoran penularan pandemik Covid-19 dan arahan perintah kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini ,dengan sedikit sumbangan ini saya harap dapat meringankan bebanan ibu bapa pelajar ” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Menurut Jamawi beliau tidak berkompormi dalam soal pendidikan malah melihatnya sebagai program keutamaan sejak dari dulu lagi. Selain bantuan program program pendidikan yang lain seperti seminar motivasi diberikan kepada pelajar.

“Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang pendidikan merupakan elemen yang cukup penting,ini kerana melalui ilmu pengetahuan bukan sahaja dapat menjamin masa depan pelajar malah ibubapa, masyarakat dan negara ” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap para pelajar yang terpilih tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu pengetahuan.

Katanya para pelajar perlu memberikan perhatian dan keutamaan kepada pelajaran semasa di unversiti walaupun terpaksa berhadapan dengan normal baharu ketika negara masih berhadapan dengan gelaja pandemik Covid-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top