Jamawi Rayu NGO, Sektor Korporat Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

jamawi2.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

TENOM: Bekas Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar merayu orang ramai khusnsnya badan badan NGO dan sektor korporat di negeri ini tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini.

Menurut beliau antara keperluan utama penduduk yang terjejas ialah air kerana  ketika ini dua loji penapis  air yang sedia ada di daerah Tenom dan Kemabong tidak dapat beroperasi kerana ditenggelami banjir.

Di samping itu mangsa banjir juga memerlukan bantuan lain yang dapat meringankan mereka.

Katanya, segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada PKOB daerah di Pejabat Daerah Tenom untuk diselaraskan kepada para penerima.

Dalam pada itu Jamawi meminta  rakyat di kawasan Tenom khususnya di Kemabong amnya agar bersabar dan tabah menghadapi fenoma banjir yang beliau anggap bencana terbesar di daerah itu tahun ini.

Katanya, beliau sebati dengan keadaan banjir terutamanya di kawasan Kemabong bagaimanapun  beliau menyifatkan banjir kali ini terburuk di mana  banyak kampung di kawasan itu terputus perhubungan apabila  kebanyakan jalan ditengalami oleh banjir sedalam 10 kaki mengakibatkan kesukaran untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terjejas di Pusat Penempatan Sementara.

.Jamawi ketika melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat penempatan sementara di Dewan Sk Chung Hwa Tenom.

“Pihak Pusat Kawalan  Operasi Bencana Daerah (PKOB) sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dan diharap mereka bersabar menunggu bantuan,” katanya ketika di temui di sini selepas melawat dan mengagih-agihkan bantuan di beberapa buah kampung kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat  Kemabong Datuk Rubin Balang dan Pegawai Daerah Tenom yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Sungkim Ramagun.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi SUDC bencana banjir kali ini merupakan cabaran terbesar bagi rakyat khususnya di daerah ini kerana ia berlaku dalam keadaan negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang terjejas agar mengutamakan aspek keselamatan dan berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top