JAM dan Muslimat PAS Papar Jadi Sukarelawan Program Bantuan Vaksinasi Covid-19

pas-papar1.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Papar dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Papar turun menjadi sukarelawan dalam Program Bantuan (Outreach) Vaksinasi Covid-19 dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), JPAM, Jabatan Penerangan dan Pejabat Kesihatan di sini kelmarin.

Program berlangsung di SJKC Cheng Ming, Ulu Kimanis Papar dengan jumlah penerima vaksin sekitar 1,000 orang.

Rombongan sukarelawan JAM Papar diketuai oleh Komandan JAM Kawasan Papar Mohd Syahfiq Osman manakala sukarelawan dari Dewan Muslimat PAS Papar diketuai oleh setiausahanya Syazwina  Rasmin di mana keseluruhan yang hadir seramai 9 orang.

Menurut Mohd Syahfiq, program berjalan lancar dengan melibatkan penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Kimanis telah keluar mengambil vaksin di mana dos kedua akan diberikan pada 27 Ogos 2021 di lokasi yang sama.

Tambahnya lagi, PAS Papar berharap kerjasama ini dapat mencapai matlamat program vaksinasi berkelompok yang telah dianjurkan oleh kerajaan.

Hadir melawat tapak program ialah Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohammad Haji Alamin dan Pegawai Daerah Papar Hadzlan Jablee.


Kongsi Bersama

1 Reply to “JAM dan Muslimat PAS Papar Jadi Sukarelawan Program Bantuan Vaksinasi Covid-19”

  1. Azman says:

    Tahniah JAM Paparazzi & Muslimat Papar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top