Jalinkan Kerjasama Pintar Dengan NGO – Dr. Aliakbar

Dr-Aliakbar.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU: Kerajaan disaran menjalinkan kerjasama pintar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan.

Menurutnya, hal ini kerana NGO merupakan entiti yang dekat dengan segenap lapisan masyarakat dan sering menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti.

“Saya melihat kadangkala NGO lebih dekat dengan masyarakat dan sebahagian kerja-kerja kebajikan dijuarai oleh NGO-NGO ini.

“Sebagai contoh, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah (YAMCS) menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan di pelbagai tempat seluruh Sabah,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan kali ke-8, di sini, kelmarin.

Katanya, antara contoh aktiviti yang telah dilaksanakan ialah sumbangan bakul makanan, water4life, Rak Kongsi Rezeki, membina Sekolah Amal dan sebagainya.

Selain itu Dr. Aliakbar turut menyarankan kerajaan untuk menjadikan NGO sebagai rakan strategik dalam melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat.

Katanya, NGO mempunyai potensi menjadi penghubung yang baik di antara rakyat dengan kerajaan.

Hadir sama dalam dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Ustaz Rapihi Derim.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top