Jalan Terjejas Akibat Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera – Bung

Bung-3.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:Tindakan segara akan diambil pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah bagi membaiiki jalan serta jambatan yang runtuh akibat hujan lebat dan banjir yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata ekoran hujan lebat berterusan dan keadaan cuaca tidak menentu di Sabah sejak beberapa hari lalu menyebabkan berlaku banjir yang turut menjadi punca banyak jalan runtuh termasuk jambatan terutamanya di daerah Pitas.

“Saya sudah menerima laporan dari Jabatan Kerja Raya mengenai kejadian ini dan jurutera daerah JKR di kawasan-kawasan yang terlibat dengan musibah ini telah turun padang memantau serta memberikan laporan terperinci mengenai kerosakan yang dialami,”  katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini kemarin.

Menurut Bung selain daerah Pitas, pihak jabatan juga menerima laporan berlakunya runtuhan di daerah Kota Marudu dan Beluran

Bung berkata, antara kejadian tanah dan jambatan runtuh yang dilaporkan berlaku di daerah Pitas ialah Jalan Langkon-Pitas (KM53.05), Jalan Maringgan (KM1.7), Jalan Suang Duyung-Layak-Layak(KM0.25) ,Jalan Suang Duyung-Layak-Layak (KM 4.25) Jalan Sosop Bal (Eria kampung Rinasuk), Jalan Ulu Malubang (KM15.5) Jalan Mongkubou Laut (KM2.0) Jalan Mongkubou Laut (KM6.95) dan Jalan Telaga (kerosakan Jambatan Sungai Paparoun runtuh ekoran banjir).

“Bagi kes jalan  runtuh yang tidak terlalu serius ,kerja-kerja pembersihan telah pun dilaksanakan oleh pihak JKR termasuk jalan-jalan di bawah jagaan kontraktor  atau syarikat yang mendapat konsesi penyelanggaraan,” tambah Bung.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah bagi kes-kes jalan runtuh termasuk jambatan yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi ianya akan dinilai bagi menentukan anggaran kos pembaikan dan akan dilaksanakan segera bagi memastikan sistem perhubungan penduduk yang terlibat tidak terjejas dan dapat dipulihkan segara

Dalam pada itu Bung meminta semua jurutera daerah JKR  agar bersiap siaga memantau keadaan  bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya hujan berterusan  dan banjir berlaku berkemungkinan besar banyak jalan dan jambatan akan terjejas dan mengalami masalah yang sama.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kerja Raya Ir. Ali Ahmad Hamid yang berada di lapangan di daerah  Kota Marudu dan Pitas bagi memantau keadaan  ketika dihubungi berkata kejadian hujan lebat dan banjir di daerah itu merupakan punca utama berlakunya runtuhan jalan dan jambatan.

“Kita telah menerima laporan penuh dari jurutera daerah yang terlibat dan kita akan menilai anggaran kos untuk  pembaikan segera,” jelas Ali


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top