Jalan Tambunan – Keningau Masih Ditutup Kerana Terputus Di Km 117.200 Kg. Liau

jalan-tambunan-roboh.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jalan utama Tambunan – Keningau masih ditutup susulan laluan utama terputus di Kilometer 117.200 (Jalan Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau) di Kampung Liau, Keningau, pada Selasa lalu.

Kegagalan pembetung sementara (culvert) disebabkan hujan lebat berterusan pada hari kejadian adalah punca laluan utama ini terputus.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Haji Ali Ahmad Hamid menyatakan ini ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, usaha untuk menyediakan lencongan sedang diusahakan.

“Dalam kejadian jam 8 malam itu, tahap kerosakan dikategorikan merbahaya dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Ali turut mengesahkan anggaran kawasan yang runtuh adalah seluas 30 meter.

Ketika ini, jalan alternatif yang boleh digunakan para pengguna adalah melalui Jalan Ranggom Kepayan – Magatang. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top