Jalan Runtuh Di Kota Belud, Tindakan Segera Akan Diambil – Bung Moktar

IMG-20201020-WA0009.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan susulan untuk membaiki  segera jalan runtuh dan batu yang jatuh di kampung Panapuan (Bukit Kelawat) Kota Belud.

Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Bung Moktar Radin dalam hantaran di media sosial beliau berkata, beliau  mengambil maklum perkara ini melalui hantaran gambar-gambar oleh rakan-rakan media melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar kepadanya baru-baru ini .

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri I begitu juga kerja kerja pembaikan tanah yang terhakis di jambatan utama Piasau akan diperbaiki segera jika keadaan cuaca mengizinkan.

” Jambatan ini adalah salah satu jalan alternatif apabila laluan utama Bobot dan kawasan sekitarnya dinaiki air,” katanya dalam hantaran itu.

Bung berkata beliau telah meminta semua jurutera daerah JKR di setiap daerah agar memantau situasi jalan-jalan yang berisiko untuk runtuh terutamanya pada musim hujan agar tahap keselamatan terkawal  demi kepentingan pengguna.

Beliau juga menghargai kerja-kerja serta sokongan media yang sering melaporkan situasi semasa mengenai kejadian tanah  runtuh yang berlaku di mana-mana jalan utama di negeri  ini sama ada melalui media sosial atau aplikasi WhatsApp peribadi  kepada beliau sendiri.

“Kementerian sentiasa cakna kepada isu-isu seperti ini dan akan mengambil tindakan susulan kepada setiap laporan yang dikemukakan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top