‘Jalan raya berlubang seperti kolam amat memalukan’

Jalan-rosak.jpg

Jalan raya berlubang antara yang sempat dirakam Landrico ketika menghantar rombongan pelancong ke Lapangan Terbang Sandakan. (Gambar kecil) Jalan raya sesak disebabkan kemalangan yang berlaku dipercayai berpunca daripada keadaan jalan raya rosak dan berlubang di sepanjang Telupid ke Batu 32 menuju Sandakan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU – Keadaan jalan raya yang berlubang seperti kolam bukan saja disifatkan memalukan Sabah di mata pelancong tetapi turut menyusahkan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari Telupid sehingga Batu 32 menuju ke Sandakan.

Keadaan itu dapat dilihat melalui paparan satu video berdurasi 54 saat yang dikongsikan seorang pemandu pelancong yang membawa seramai 30 pelancong luar negara ke Lapangan Terbang Sandakan pada Isnin.

Menurut Landrico M Lerado Jr, 51, dia terpaksa bergerak lebih awal dari Sukau bagi mengelak kesesakan lalu lintas disebabkan keadaan jalan raya yang teruk ketika melalui laluan utama untuk ke lapangan terbang.

Landrico berkata, biasanya perjalanan dari Sukau ke lapangan terbang memakan masa kira-kira dua jam sahaja tetapi jika berlaku kesesakan jalan raya disebabkan keadaan jalan rosak ia boleh mencecah sehingga tiga jam setengah perjalanan.

Baca seterusnya di: SINAR HARIAN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top