KENINGAU: Calon Bebas yang bertanding di DUN Liawan, Jake Nointin, sedia bekerjasama dengan bekas partinya, Warisan, jika beliau terpilih sebagai wakil rakyat.
Jake merupakan bekas ketua bahagian Warisan Keningau. Keahliannya terbatal selepas didapati bertanding atas tiket Bebas selepas penamaan calon. Beliau akan berdepan calon Warisan, Rasinin Koutis.
“Kalau saya di ajak bekerjasama atau pun saya diberi peluang untuk menawarkan diri untuk bekerjasama, saya akan sentiasa terbuka,” katanya sebagaimana dilaporkan FMT.
Beliau menerima pelucutan keahliannya sekiranya ia melanggar perlembagaan parti.
“Itu tidak apa kerana hak pucuk kepimpinan…saya terima dengan hati terbuka,” katanya, menambah beliau tidak menutup peluang untuk bekerja bersama Warisan.