Jahid Turun Padang, Tinjau SK Bawang

IMG-20211102-WA0005.jpg
Kongsi Bersama

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim telah melawat ke Sekolah Kebangsaan Lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, dekat sini hari ini.

Lawatan dibuat bagi meninjau keadaan perkarangan bangunan sekolah yang kerap dilanda banjir.

Kehadiran beliau disambut Guru Besar SK Bawang, Zainun @ Nurainun Lain, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Senny Jimin, dan para kakitangan sekolah.

Menurut Zainun, lawatan Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli memberi harapan agar permasalahan yang dihadapi mereka mendapat perhatian pihak yang berkaitan.

Menurutnya, perhatian dan tindakan segera pihak kerajaan mengenai permasalahan itu, terutamanya keadaan banjir yang melanda sekolah setiap kali hujan lebat berlaku amat diharapkan.

Sementara itu, Jahid yang turun padang bagi meninjau sendiri kawasan sekolah tersebut, berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan jabatan berkaitan untuk tindakan susulan.

Antaranya ialah Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Tuaran, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran dan Jurutera Pejabat Daerah Kecil Tamparuli.

“Hari ini kita telah melawat kawasan SK Bawang, dan kita maklum mengenai keadaan dan permasalahan yang berlaku, sememangnya memerlukan perhatian dan tindakan segera,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Jilias Lintar, Setiausaha Sulit Menteri, William Ugau, Setiausaha Perhubungan Awam KPLBS, Romeo Sindeh, Ketua Kampung Kg Bawang, KK Petrus Kinsui, dan beberapa pemimpin masyarakat lain.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top