Jahid Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah RELA Malaysia

jahid.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim (gambar, tengah), menerima kunjungan Ketua Pengarah RELA Malaysia, KPjR Yahya Sulaiman (gambar, kiri) dan Pengarah RELA Negeri Sabah, TPjR Mohammad Pauzi Jhumat (gambar. kanan), di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua pihak di samping bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Jahid, dan beliau berharap pertubuhan itu akan terus sukses, meningkatkan azam dan iltizam bersama anggota keselamatan lain bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di Sabah.

Jahid berkata, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbanan RELA sebagai salah satu pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan negara.

“Tanpa pengorbanan pasukan keselamatan sebagai anggota barisan hadapan (frontliners), sudah tentu kita tidak dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang kita kecapi kini,” katanya.

Kedua-dua pemimpin RELA tersebut turut mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Jahid yang baru balik menunaikan umrah di Mekah.

Sebelum ini, Jahid juga telah membuat kunjungan rasmi ke pejabat Yahya di Ibu Pejabat RELA, Putrajaya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top