Jaga Sensitiviti Rakyat Sabah – Srikandi Silam

srikandi.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta pemimpin atasan parti yang bakal turun membantu calon Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) memperhalusi isu tempatan bagi menjaga sensitiviti rakyat Sabah.

Exconya, Mizma Appehdullah, yang juga Ketua Srikandi Bahagian Silam, berkata semua pemimpin perlu memberi perhatian terhadap perkara itu terutama isu tidak bersesuaian yang boleh mendatangkan mudarat akibat salah faham.

“Saya memohon agar pimpinan atasan yang bakal turun untuk membantu calon pada PRN ini supaya memperhalusi cara untuk membantu calon ketika berkempen,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera Srikandi BERSATU Bahagian Silam, di sini, semalam.

Terdahulu, Mizma mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Abdul Harun menyantuni lima keluarga menyerahkan kit bantuan makanan melalui program Sentuhan Kasih.

Beliau turut mengingatkan ahli BERSATU supaya tidak membangkitkan isu yang boleh memecah belahkan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Semua ahli dan jentera PRN perlu bersatu bekerjasama dalam memastikan kemenangan dan menubuhkan kerajaan,” katanya. – Astro Awani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top