Jafry Seru Pengusaha Hotel Di Sabah Mohon Bantuan ‘One Off’ Kerajaan

jafry.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyeru pengusaha hotel di negeri itu memohon bantuan “one off” yang dilancarkan sejak Mac lalu.

Menterinya, Datuk Jafry Arrifin berkata, lebih 600 pengusaha hotel layak memohon bantuan itu, tetapi kurang 200 daripadanya yang membuat permohonan sehingga kini.

Bantuan itu terbahagi kepada tiga kategori, iaitu hotel bertaraf empat dan lima bintang akan menerima RM5,000, kategori orkid hingga tiga bintang (RM2,000) serta kategori ‘bed & breakfast’ (RM1,000), jika permohonan diluluskan.

Jafry berkata, permohonan bantuan itu dibuka hingga akhir bulan ini dan borang permohonan boleh didapati di tourism.sabah.gov.my.

“Pengusaha yang layak amatlah digalakkan memohon peruntukkan ini dan saya harap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha hotel di Sabah.

“Ketika aktiviti pelancongan mengikut zon dibenarkan, saya juga ingin mengingatkan orang ramai supaya menjadi pelancong bijak, bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi SOP.”


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top