Jadikan Perjuangan Tuntut Kemerdekaan Inspirasi Lawan Pandemik – Bung

bung-merdeka.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KINABATANGAN:  Semua anggota masyarakat khususnya di kawasan Kinabatangan disaran menghidupkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik walaupun negara masih  berhadapan  dengan penularan  pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, penularan Covid-19 sejak lebih setahun lalu sehingga menjejaskan kehidupan normal masyarakat tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melupakan detik bersejarah negara mencapai  kemerdekaan

Beliau berkata, semangat pemimpin terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan perlu dicontohi dan dijadikan inspirasi untuk melawan Covid-19, musuh yang tidak dapat dilihat dan amat  berbahaya ketika ini.

“Pelbagai cara untuk kita menzahirkan semangat patriotik kepada negara antaranya mengibarkan jalur gemilang di kediaman  masing-masing  dan yang paling penting ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 ialah mendisplinkan diri dan bersoladiriti menanganinya dengan cara mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya ketika mengagih-agihkan jalur gemilang kepada penduduk di sini kemarin.

Beliau diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar. Turut hadir Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap And Rahim bersama kakitangan (UPPM) Lamag.

Menurut Bung yang juga Wakil Rakyat Lamag, semangat menyambut Hari Kemerdekaan itu wajar diteruskan kerana itu boleh  menyatukan hati seluruh anggota masyarakat.

“Kita boleh berselisih faham dalam banyak perkara, berdepan dengan pelbagai ujian dan pandemik, tetapi soal kesetiaan kepada negara, soal kemerdekaan negara kita adalah sesuatu yang amat penting,” katanya.

Sementara itu PPM Lamag Abu Bakar Gapar meminta masyarakat khususnya di kawasan Lamag agar sentiasa mematuhi arahan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan berikutan peningkatan kes positif COVID-19  di kawasan tersebut.

Katanya, dengan cara mendisplin diri dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan masyakat boleh mengekang penularan virus COVID-19 dari terus merebak.

Menurut Abu Bakar beberapa buah kampung di kawasan tersebut telah pun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) yang bertujuan untuk mengkakang penularan virus COVID-19

“Wakil Rakyat kawasan ini (Bung ) sentiasa cakna masalah ini dan bantuan sewajarnya terutamanya bantuan bakul makanan turut diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat dengan (PKPD) in,i” katanya.

 

 

 

 

CAPTION:

 

 

 

  1. BUNG MOKTAR RADIN..

 

  1. LEKAT..Kelihatan Abu Bakar bersama kaki tangan UPPM Lamag mewakili Bung mengagih-agihkan Jalur Gemilang kepada pemandu dalam pematuhan SOP yang ditetapkan di kawasan Kinabatangan.

 

C SERAH..Kelihatan Abu Bakar yang mewakili Bung menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah Abdul Manap dalam majlis ringkas dan pematuhan SOP di pejabat daerah Kinabatangan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top