Jadikan Media Sosial Platform Utama Penerangan – Firdaus

firdaus-akbar.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Biro Penerangan Bersatu Sabah perlu menguasai media sosial bagi membantu menjelaskan tujuan dan dasar perjuangan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan lebih mudah dan diyakini oleh rakyat akar umbi.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata kekangan yang berpunca daripada pandemic Covid-19 menyebabkan peluang untuk berhimpun, bermesyuarat dan berdiskusi seperti dahulu terbatas.

“Justeru, media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, WeeChat mengambil alih peranan kempen mahupun penerangan kepada masyarakat di peringkat akar umbi dalam dunia norma baharu. Untuk memberi penerangan tentang isu-isu semasa mahupun menjawab dakyah-dakyah pembangkang.

“Oleh itu, saya mengharapkan Ketua-ketua Penerangan bahagian seluruh Sabah perlu mengambil peranan masing-masing dalam dunia media sosial.” Katanya.

Beliau berkata demikian semasa jelajah di Zon 3 bahagian Bersatu Sipitang dan Beaufort kelmarin.

Jelajah berkenaan diketuai oleh Bendahari Bersatu Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Razali Bob Razi (Sepanggar), Pengarah Strategi dan Pilihanraya, Datuk Japlin Akim (Kota Belud), ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Abdul Hakim Gulam Hassan (Lahad Datu), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Isnin Aslianih (Beaufort), Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Armada Bersatu Sabah, Fairuz Renddan serta ketua-ketua Srikandi dan Armada.

Firdaus yang juga Ketua Bahagian Bersatu Batu Sapi menambah Ketua Penerangan perlu bersikap proaktif dalam media sosial kerana sejarah telah membuktikan bahawa kuasa media sosial amat berpengaruh dalam menentukan tahap sokongan rakyat.

“Dalam sekelip mata sesebuah kerajaan boleh runtuh hanya disebabkan kegagalan menangkis dakyah-dakyah pembangkang di media sosial.

“PRU-15 akan datang pastinya medan tempur yang paling sengit bagi kita. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab paling besar dalam memastikan kemenangan kepada PN,”ujar beliau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top