Jadikan GRS Entiti Rasmi Untuk Memacu Kejayaan

khairul-firdaus.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gesaan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu entiti badan gabungan politik makin kuat di dengari dan rasai di kalangan rakyat Sabah, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akbar.

Katanya, aspirasi dan harapan rakyat wajar diterjemahkan untuk menjamin masa depan negeri dan rakyat Sabah yang lebih baik.

“Barisan kepimpinan yang ada di bawah kerajaan GRS diyakini mampu untuk membawa negeri Sabah ke mercu kejayaan.

“Masanya sudah tiba untuk para pemimpin Sabah bersatu padu dalam memastikan agenda kemajuan dan kejayaan dapat dilaksanakan di bawah payung GRS.

“Perkara-perkara yang menghalang untuk Sabah menjadi sebuah negeri yang maju pastinya dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan baik jikalau pemimpin pemimpin di Sabah dapat bersatu hati di wadah perjuangan GRS.

“Suara kita seharusnya wajib didengar dengan jelas dan tegas oleh kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairul berkata, keberanian dan kejujuran di kalangan kepimpinan mesti wujud untuk melangsungkan agenda perjuangan negeri Sabah yang setelah sekian lama ketinggalan dari segi pembangunan.

“Keadaan politik di semenanjung yang seakan akan tiada kesudahan, memangkin lagi perlunya untuk pemimpin-pemimpin Sabah mencorak hala tuju dengan berlandaskan kepentingan rakyat Sabah secara tuntas.

“BERSATU Sabah cukup yakin dan percaya masa depan rakyat Sabah harus di corak oleh kepimpinan negeri Sabah sendiri dan seterusnya juga bernaung di bawah payung GRS,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top