Jabatan Pendidikan Sabah Siap sedia Gerakkan “Ops Payung” Bantu Pelajar SPM Jika Berlaku Banjir

ops-payung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah membuat persiapan termasuk mengambil kira kemungkinan berlaku banjir di sekolah tertentu bagi memastikan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, tidak terjejas.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Neger Sabah, Mohd Zaini bin Yanin berkata ke arah itu, jabatan berkenaan siap sedia menggerakkan operasi “Ops Payung” bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Beliau berkata Ops Payung yang disertai pelbagai agensi kerajaan, termasuk anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam itu akan dikerah sekiranya berlaku banjir terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Selain itu, Mohd Zaini berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah meminta semua ibubapa pelajar khususnya di kawasan terpencil (jika berlaku banjir) supaya segera menghubungi pihaknya bagi membolehkan jabatan itu membantu pelajar terbabit menduduki peperiksaan.

Kita juga menyediakan tempat penginapan di asrama sekolah kepada pelajar SPM yang tinggal jauh dari sekolah sehingga peperiksaan SPM berakhir,” katanya.

Mohd Zaini berkata demikian kepada pemberita selepas memantau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM di SMK Sanzac, Sembulan, dekat sini pada Isnin.

Menurutnya seramai 40,148 calon Sijil SPM 2023 di seluruh negeri telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Mohd Zaini berkata daripada jumlah itu, sebanyak 36,026 calon sekolah kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantua Kerajaam manakala sebelihnya dari calon sekolah agensi kerajaan, sekolah menengah Agama Negeri, sekolah swasta berdaftar dan calon persendirian.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top