Jabatan Pendidikan Sabah Gariskan Empat Kaedah Penyampaian Keputusan SPM 2020

MISTIRINE-RADIN-1.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah menggariskan empat kaedah pengambilan sijil dan pernyataan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Pengarahnya Datuk Dr Mistirine Radin berkata cara pertama adalah melalui kaedah pandu laju atau drive tru secara penggiliran pada tarikh dan maaa yang ditetapkan.

Dalam hal ini, beliau berkata guru kelas bagi calon peperiksaan SPM 2020 dicadang membantu dalam proses pengedaran itu.

Bagi kaedah pandu lalu, Mistirine berkata sekolah boleh mempelbagaikan jenis laluan seperti laluan kereta, laluan motosikal dan laluan pejalan kaki.

Kenyataannya itu terkandung dalam teks pemakluman pengedaran sijil dan Pernyataan Keputusan SPM tahun 2020 yang dikeluarkan oleh jabatan itu di Kota Kinabalu, semalam.

Mistirine berkata tatacara seterusnya ialah melalui temu janji, pos berdaftar dan pengedaran secara serahan tangan.

Katanya bagi calon atau ibu bapa calon yang gagal dihubungi, pihak sekolah diminta untuk datang ke rumah calon tersebut berdasarkan alamat dalam simpanan rekod sekolah.

Bagi calon-calon persendirian SPM tahun 2020 pulq, mereka boleh mendapatkan sijil tersebut daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing, katanya. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top