Jabatan Kesihatan Sabah Sahkan 22 Kes Gastroenteritis Akut di Tawau

datuk-rose-nani.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan 22 kes gastroenteritis akut di Tawau.

Pengarahnya, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, kebanyakan mangsa menunjukkan gejala muntah, cirit-birit dan sakit perut.

Beliau juga berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa dalam siasatan awal, pejabat kesihatan daerah Tawau mendapati mangsa kes tinggal di taman perumahan berbeza.

Tambahnya, kesemua mangsa diberi rawatan pesakit luar.

“Siasatan penuh terhadap kes dan persekitaran sekitar termasuk ke atas kilang ais telah dijalankan. PKK Tawau turut menjalankan ujian makmal terhadap 19 sampel najis yang dikumpul daripada kes bergejala yang menunjukkan ia tidak mengandungi mikroorganisma. Semakan di kilang ais juga mendapati tahap kebersihannya memuaskan,” katanya.

Dr Rose Nani berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap video tular di Facebook pada 1 Oktober yang mendakwa terdapat 80 kes cirit-birit di Sri Tanjong, Tawau.

ADUN Sri Tanjong Justin Wong minggu lalu menggesa Kementerian Kesihatan menubuhkan bahagian tindak balas selepas beberapa orang awam termasuk murid sekolah mengalami cirit-birit, muntah dan demam.

Beliau berkata, orang ramai dibiarkan tertanya-tanya tanpa mengetahui puncanya kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan walaupun bilangan orang ramai yang mendapatkan rawatan di klinik dianggap membimbangkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top