Jabatan Bantuan Guaman Anjur Klinik Bantuan Guaman

Penerangan-Guaman.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBG) Cawangan Sabah akan menganjurkan Klinik Bantuan Guaman.

Pengarahnya, Safiyatun Ahmadun berkata, klinik tersebut akan diadakan di Tawau bermula 19 hingga 21 Januari depan menawarkan nasihat serta bantuan guaman kepada orang awam.

” Tahun lalu jabatan kami telah mengendalikan 600 kes bantuan guaman dan 800 kes untuk khidmat nasihat guaman.

” Kami berharap orang awam akan lebih memahami fungsi jabatan kami yang menawarkan khidmat guaman kepada masyarakat pada kadar yang lebih rendah berbanding khidmat guaman swasta”, katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah hari ini.

Safiyatun berharap kerjasama strategik JBG dan JaPen dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Sabah selain dapat mempromosikan fungsi JBG dengan lebih tepat kepada orang awam.

Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) JaPen Azman Sipan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber JaPen Geraldine Voo Yee Wen dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara JaPen Busmin Brahim.-Penerangan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top