Jabatan Amal Sabah Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

jabatan-amal-pas-sabah.jpg
Kongsi Bersama

Oleh BASITH SAMAD

KINABATANGAN: Banjir besar luar jangka yang melanda Selangor baru-baru ini mengakibatkan ramai mangsa yang terkesan dan mereka memerlukan bantuan membersihkan rumah pasca banjir.

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS), Haris Abdurachim berkata, misi dari negeri itu turut menyertai misi tersebut susulan seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari untuk JAM bersiap siaga membantu mangsa banjir.

“Seramai sembilan anggota JAMNS berkampung di SRITI Al-Mutadayyin, Hulu Langat, Selangor kelmarin dalam operasi bantuan banjir.

“Fokus pertama setibanya kami di sini membersihkan sisa buangan yang terdapat di tepi-tepi jalan dengan bantuan 14 lori bagi melancarkan lalu lintas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, Jabatan Amal sentiasa bersedia untuk membantu penduduk yang terjejas tanpa mengira bangsa, masa dan suasana.

“Kita berharap mereka sabar menghadapinya dan mudah-mudahan kehadiran kami dari Sabah dapat mengurangkankan sedikit bebanan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir ketika ini,” ujarnya.  – Harakah Daily


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top