Jabatan Amal Putatan Bantu Penduduk Bersihkan Perkuburan

kubur-putatan-1.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN : Jabatan Amal Putatan turun bersama memberi khidmat masyarakat di Kampung Contoh Petagas dalam aktiviti pembersihan tanah perkuburan orang-orang Islam di kampung itu semalam.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Kampung Contoh bersama Belia Masjid As-Salam Kampung Contoh tersebut dihadiri oleh Ketua Kampung Contoh, Haji Ismail Haji Ayub dan belia-belia kampung.

Antara aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan potong rumput, tebas pokok dan menyembur racun rumput.

Seramai 13 orang anggota Jabatan Amal Putatan bersama-sama diketuai oleh Mohd Azri Mohd Ridhwan, Pengarah Jabatan Amal Putatan.

Mohd Azri menzahirkan penghargaan atas penganjuran aktiviti gotong-royong tersebut dan menyifatkan aktiviti terpuji sebagai amalan dalam bermasyarakat.

”Tahniah kepada ketua kampung dan belia masjid kampung ini, yang walaupun dalam penuh cabaran tempoh wabak Covid-19 ini, dapat juga menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan pematuhan SOP yang baik,” ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan, Yusrizal Anuar.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top