Jabatan Air Siasat Punca Bekalan di Papar Busuk

jabaran-air-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Air menguji air mentah dan yang sudah dirawat di loji rawatan air di Limbahau dan Skim Bekalan Air Kecemasan Papar (EWSS) untuk menentukan sebab kenapa air itu mempunyai bau kurang menyenangkan di beberapa bahagian di daerah itu.

Tindakan itu diambil susulan maklum balas daripada beberapa pengguna, termasuk mereka yang tinggal di Kg Takis dan Kg Surati, yang bimbang bekalan air mereka mungkin tidak selamat untuk digunakan disebabkan bau busuk itu.

Ada yang mendakwa air paip mereka berbau seperti bangkai sementara yang lain mengingatkan mereka kepada bau kandang.

Mereka mendakwa bekalan air mereka berbau sejak Ahad tetapi seorang pembaca Harian Ekspres mendakwa dia menyedari keadaan itu seawal minggu lepas.

Beliau pergi memancing di ulu sungai Papar ketika itu apabila dia dan rakan-rakannya terhidu bau kurang menyenangkan.

Seorang jurucakap Jabatan itu berkata pentadbiran mereka sedang dalam proses menggumpul maklumat mengenai kejadian itu.

“Kakitangan kami ketika ini sedang memeriksa sampel-sampel yang diambl di kedua-dua loji itu,” katanya.

“Hasil ujian-ujian itu yang dilakukan Bahagian Kualiti Air kami, akan memberikan kita penjelasan lebih baik mengenai bagaimana bau itu boleh ada.

“Jika perkara ini membabitkan pencemaran, maklumat ini dapat membantu kami mengesan pihak-pihak yang menyumbang kepada masalah ini.”

Ditanya berapa lama masa diambil untuk agensi itu melengkapkan ujian-ujian tersebut, beliau enggan mengulas.

“Buat masa ini, kerja-kerja mitigasi perlu diambil untuk meningkatkan kualiti air yang kami bekalkan di daerah itu.”

Jurucakap itu berkata penghasilan air di kedua-dua loji itu dihentikan sementara Ahad lepas, dengan aktiviti di fasiliti EWESS dihentikan dari jam 3.30 petang dan loji di Limbahau satu setengah jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan itu mengepam keluar air dari saluran paip utama di daerah itu dalam usahauntuk membersihkan paip-paip tersebut.

“Orang ramai dimaklumkan bahawa penutupan itu perlu disebabkan pencemaran bau sungai dan air di rawat.”

Pengguna-pengguna di Pantai Manis, Lubang Batu, Ulu Kimanis, Ambawa, Sambawit, Kawang, Kinarut, Biau dan Limputong, serta mereka yang tinggal di Mandahan dan Penampang Baru, Santing dan Pengalat serta Safoda dan Limauan diberi pemberitahuan awal bahawa bekalan air mereka akan terganggu.

Mereka yang tinggal di Kg Baru Kelatuan, Kg Daingin, Kg Purak dan di sepanjang Jalan Tung Shan juga dijangka mengalami masalah bekalan air.

Beliau berkata dua notis mengenai perkara itu ditularkan menerusi media sosial kepada pelanggan-pelanggannya di daerah itu.

Seorang jurucakap Jabatan Alam Sekitar berkata agensi itu dihujani laporan mengenai bau busuk dari air paip di Papar.

“Disebabkan banyaknya pertanyaan yang kami terima, satu pasukan dari pejabat kami di Kota Kinabalu dihantar ke daerah itu,” katanya.

“Kakitangan kami mengambil sampel air dirawat di muka sauk di Limbahau dan EWSS.”

Menurutnya sampel-sampel itu dihantar ke makmal-makmal kerajaan untuk dianalisis.

“Keputusan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) kerana sungai-sungai adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

 

Baca seterusnya di: warta oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top