Jabatan Air Sabah siasat isu air keruh, berbau

air-berbau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Air Sabah sedang menyiasat punca air berbau dan keruh berikutan aduan awam dari beberapa lokasi.

Pasukan teknikal jabatan itu digerakkan pada Khamis untuk menyiasat dan memeriksa loji rawatan air, saluran paip utama, tangki simpanan, paip retikulasi, dan meter pengguna di sepanjang bahagian utara bandar raya ini.

Kawasan yang terjejas termasuk Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, pengguna di kawasan Kingfisher, Sulaman Central, dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Siasatan mendapati keluaran air dari Loji Rawatan Air (LPA) Telibong 2 masih pada paras normal dan mematuhi piawaian kualiti air yang ditetapkan,” kata jabatan itu dalam catatan Facebook pada Khamis malam.

Kenyataan itu turut berkata, kerja-kerja ‘flushing’ dari saluran paip di kawasan-kawasan yang terjejas telah dilaksanakan bagi memastikan kualiti air yang bersih dan selamat kepada pengguna.

“Siasatan dan pemeriksaan masih dijalankan bagi mengesan punca sebenar (isu) di samping mengelak kejadian air keruh ini berulang pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top