Jabatan Air Kompaun Dua Pasar Raya Di Kunak

kompaun.jpg

Penguatkuasa Jabatan Air Kunak ketika menjalankan operasi di salah sebuah pasar raya berkenaan.

Kongsi Bersama

KUNAK: Dua pasar raya di daerah ini dikompaun sebanyak RM10,000 selepas dikesan melakukan kesalahan dalam satu operasi di sekitar kawasan pekan Kunak, di sini kelmarin.

Operasi yang dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Air Kunak bermula jam 9 pagi itu telah mengesan dua premis masing-masing telah melakukan kesalahan penyambungan haram dan menggunakan pam air secara salah.

Pegawai Kerja Air Daerah Kunak, Mohd Suhaizan Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai terdapat aktiviti penyambungan air secara haram oleh pemilik premis di kawasan Pekan Kunak.

Katanya, operasi itu melibatkan sebuah pasar raya yang didapati melakukan penyambungan secara terus dari paip utama milik Jabatan Air Kunak menggunakan paip berukuran dua inci.

“Paip itu di kesan menyalurkan bekalan air ke lot kedai dalam premis pasar raya berkenaan tanpa melalui meter yang disediakan.

“Kesalahan membuat penyambungan haram itu boleh dikenakan kompaun mengikut Seksyen 49(b),” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Menurutnya, operasi yang sama itu juga turut membabitkan sebuah lagi pasar raya dikesan telah melakukan kesalahan mengambil air menggunakan pam air untuk mendapatkan bekalan air yang lebih.

“Perbuatan itu juga adalah satu kesalahan dan boleh terus dikenakan kompaun mengikut Seksyen 59,” katanya.

Mohd Suhaizan menasihatkan kepada semua pengguna di daerah ini supaya menggunakan bekalan air secara berhemah dan tidak melakukan kesalahan penyambungan haram.

“Masyarakat di daerah ini boleh melaporkan aktiviti kecurian air atau kebocoran paip dengan menghubungi terus ke nombor careline 088-326888,” katanya. – Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top