Jabatan, Agensi, NGO Perlu Dekati Pengundi Belia

Star-Kalabakan.jpg

FRANCIS (tengah) menyerahkan kemudahan sukan kepada belia Kg Muhibbah.

Kongsi Bersama

TAWAU: Jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) perlu mendekati golongan pengundi belia untuk mendorong golongan berkenaan memainkan peranan dalam pilihan raya.

Penyelaras Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Bahagian Kalabakan, Francis Lawrence @ Yusop berkata pendekatan khusus juga perlu dilakukan untuk memberi keyakinan bahawa golongan berkenaan sudah layak menjadi calon pilihan raya.

“Kita membuat saranan ini setelah melihat rumusan PRN Johor yang menunjukkan penglibatan Undi-18 belum menampakkan impak berkesan dalam pilihan raya itu,” kata Francis.

Francis berkata demikian selepas mengiringi Ketua Bahagian PPBM Kalabakan, Hj Karim Wahid merasmikan gelanggang baharu bola tampar di Kg Muhibbah Raya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kukusan Hajah Chaya Sulaiman untuk menyaksikan penyerahan kunci gelanggang bola tampar daripada kontraktor kepada belia di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muhibbah.

Menurut Francis, projek naik taraf gelanggang tersebut dilaksanakan melalui peruntukan kewangan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Francis menyatakan, pelaksanaan program berkenaan merupakan sebahagian dari aktiviti mendekati golongan belia untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab mengundi dan juga untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan.

Francis turut menyampaikan kemudahan sukan kepada golongan belia di PDM itu yang memiliki kira-kira 3,000 pengundi.

Francis berharap dalam waktu terdekat ini, satu kejohanan tertutup di bawah program Kementerian Belia dan Sukan dapat dianjurkan khusus untuk kalangan belia di Tawau. – Harian Ekspress

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top